GADIS TOP UP

KUALA LUMPUR: “Kami masih bersekolah dan perbuatan ini hanya sekadar untuk bersuka-suka selain dapat menampung kos membeli kad telefon prabayar,” kata seorang remaja perempuan yang menawarkan khidmat seks bagi menampung kos beli kad prabayar RM10.
Remaja sepertinya yang lebih dikenali dengan gelaran gadis ‘top up’ di kalangan pelanggan ini kebanyakannya masih di bangku sekolah dan mengambil jalan mudah mendapatkan kad tambah nilai prabayar daripada lelaki yang dikenali melalui laman sembang internet.
Menurut Sue, (bukan nama sebenar) gadis ‘top up’ yang ditemui Harian Metro, pembabitannya dalam kegiatan ini bermula dari sekadar hanya untuk bersuka-suka sebelum ketagih dengan perbuatan buruknya itu.
Katanya, kebanyakan lelaki berkenaan dikenali dari laman sembang internet selain rakan yang pernah keluar bersamanya.
Menurutnya, dia hanya meminta setiap pelanggannya membelikan kad prabayar bernilai RM10 sebelum keluar bersama dan dibawa ke ‘port’ untuk melakukan kegiatan maksiat itu.
“Selalunya saya dibawa lelaki ini ke rumah sewa mereka dan kadangkala kami hanya bersiar-siar di ibu kota atau menonton wayang.
“Kegiatan ini dilakukan setiap kali cuti hujung minggu dan kebanyakan pelanggan kami adalah Mat Motor,” katanya yang terus aktif menjalankan kegiatan itu bersama beberapa lagi rakannya yang juga masih bersekolah.
Sue berkata, ada juga rakannya yang menawarkan khidmat sembang seks melalui telefon.
Gadis berusia 17 tahun ini berkata, perbuatan kejinya bermula ketika dia melayari internet dan mengenali seorang lelaki berusia 20-an di laman sembang lalu saling bertukar nombor telefon.
Katanya, sehari selepas itu lelaki yang dikenali sebagai Joe menghubunginya dan mereka berkenalan dengan mesra melalui telefon.
“Dari perbualan melalui telefon, saya terperangkap dengan ayat romantis lelaki yang pandai bermain kata-kata itu.
“Joe memang seorang lelaki yang romantik dan pandai memujuk, ini membuatkan saya tertarik padanya walaupun tidak pernah bersemuka,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, setiap hari Joe tidak pernah lupa menghubunginya membuatkan mereka semakin mesra dan tanpa segan silu perbualan mereka bertukar kepada perbincangan mengenai seks.
Bermula dari perbualan itu, mereka semakin berani dengan melakukan layanan seks melalui telefon sebelum kedua-dua mengatur pertemuan di sekitar ibu kota.
Katanya, dia bertemu Joe buat pertama kali selepas hampir sebulan berhubung melalui telefon dan wajah lelaki itu yang tampan membuatkan hatinya ‘cair’.
“Joe memujuk saya pulang ke rumah sewanya dan tanpa banyak soal dan demi cinta, saya mengikutnya,” katanya.
Sue berkata, bermula malam itu dia yang mabuk dengan kata-kata dan janji manis teman lelakinya itu dengan rela menyerahkan tubuhnya kepada lelaki berkenaan.
Malah, Sue yang ketika itu masih mentah sering mengambil kesempatan berjumpa dan bermalam di rumah teman lelakinya setiap kali tiba hujung minggu.
Katanya, hubungan mereka berdua bertahan hampir setahun sebelum dia mengetahui yang teman lelakinya itu berlaku curang apabila dia terserempak dengan Joe bersama gadis lain.
“Saya berjumpa dia sedang berkepit dengan wanita lain dan bertanya mengapa dia sanggup menduakan saya.
“Joe ketika itu hanya membuat muka selamba dan mengatakan yang dia tidak mengenali saya sebelum kedua-duanya beredar meninggalkan saya yang masih dalam keadaan terpinga-pinga,” katanya.
Selepas kejadian itu barulah dia mengetahui Joe memang suka mengambil kesempatan dan sering meniduri setiap gadis yang menjadi pasangannya.
Rentetan dari kejadian itu, Sue mengakui dia yang kecewa dengan sikap teman lelakinya itu mengambil jalan mudah dengan menjual tubuh kepada sesiapa yang sanggup membelikannya kad prabayar disebabkan ketagihan seks.



No comments: